Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Friday, August 7, 2009

First School Posting








X-KPLI JAN 08 (PA) 1.01

Ni lah gambar kelas kami semasa di IPIS KPLI Jan 08 dalam bidang Pendidikan Agama.Mari aku perkenalkan satu persatu dr kiri namanya Rijal (Ketua kelas),Faizal,Asik dan Fazli.Barisan kedua dr kiri Hani,Kak Ha,Halimah,Nasriyah,Anirah,Sya.Manakala di barisan belakang dr kiti Ima,Hajar,Nasirah (Penolong),Mashitah dan Huda.Dalam gambar ni Amirul x de maklumlah busy sebab kita org gelarkan di YB.
Ini gambar kita org gi BIG kat Tanjung Bidara Melaka.Ha.... nak tahu mana dia Amirul...Tu yang duduk di sebelah kiri sekali.Amacam ada tak ciri-ciri YB.


Ni masa jamuan Raya.Ni lah pakaian raya kita org.....Acah aje....ini pakaian uniform kokurikulum kita org masa kat Maktab.Cantik tak!!!!!!!!

Hensem tak jejaka2 ni.....



Ni masa Majlis Izin Ilmu....yelah sebelum kita org exam mestilah kena minta maaf ngan lectuar agar halalkan segala ilmu yang telah diberikan pada kami.Jejaka yang hensem ni En.Roslan namanya.Dia ajar kita org masa semesta 2 tentang Profesionalisme Keguruan.







My Konvokesyen

HARI KONVOKESYEN DI PUTRAJAYA








































Sunday, June 28, 2009

KAFA Puncak Alam


Ini gambar kenangan aku masa keje kat Puncak Alam tahun 2003 hingga 2007.Masa tu aku keje bawah Jabatan Agama Islam Selangor.Tapi banyak kenangan aku kat sana.Gambar ni diambil pada tahun 2005.Guru Besar aku pada masa tu Ustaz Nizam.Dia seorg yang baik dan very sporting seronok kerja dengan dia.La ni Ustaz Nizam masih lagi Guru Besar kat situ.Isterinya pun mengajar kat sekolah yang sama.jealous i.......bukan apa aku rasa seronok tengok pasangan suami isteri kerja sama2.Aku pun dah lama tak jenguk di org maklumlah dah duduk jauh.......hanya bersms sahaja.Apa2 pun aku harap mereka semua ingat kat aku dan aku doakan semoga mereka bahagia dan sukses selalu.Untuk murid2 KAFA mudah2an sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPKK dan PSRA tahun ini.Amin............

Family Day


























































Friday, June 12, 2009

Keluarga ku dan keluarga mentuaku

Inilah mak dan ayah aku.Ayah ku namanya Saian bin Sapan umurnya dah 60 tahun.Mak aku pula namanya Muslimah binti Parman umur 50 tahun.10 tahun beza tu......tapi nampak cool.....Mak dan ayah aku dikurniakan 11 org anak......boleh tahan juga.


Ini kakak aku namanya Anizah berumur 34 tahun.Abang ipar aku namanya Fendi umurnya kalau tak silap aku 44 tahun sebab setahu aku beza umur antara akak aku ngan abg ipar 10 tahun macam mak ayah akulah.Dia org ni ada seorg anak lelaki tp mak mentua akak aku yang jaga.tak silap aku anaknya tingkatan 1.Abg ipar aku ni org perak.



Aku anak kedualah dari 11org adik beradik.tak yahlah cite panjang2 semuanya aku dah cite kat sejarah hidup aku kan.

Adik aku ni namanya Anisah umurnya 30 tahun.Suaminya namanya Kamaruzaman umurnya tak pasti pula aku.Mereka ni dikurniakan 2 org anak dah sepasang dah......Man ni org Negeri Sembilan.


Yang ni pula namanya Anifah umurnya 28 tahun.Suaminya namanya Fikri berumur 32 tahun.Diaorg ni duduk kat Johor baru dikurniakan seorg anak perempuan.Adik ipar yang ni asal org Kelantan.



Ini adik lelaki aku yang sulung namanya Anizan.Tahun lepas baru kahwin.jd inilah satu2nya adik ipar perempuan aku namanya Ain.Asal mana.....org Selangor umahnya dekat satu jalan ngan umah mak aku......sekampunglah......

Sebenarnya Anizan ni ada adik lelaki tetapi Allah lebih menyayanginya....nama adik aku yang meninggal tu Anizam.......Sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah adik aku mudah2an rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan org2 yang beriman.


Ini gambar adik2 perempuan aku.Mari aku kenalkan yang pakai tudung biru tu namanya Zuraidah bertunang dah InsyaAllah tahun depan kahwinlah.Yang tengah tu Noraini baru aje habis SPM.Yang tepi tu namanya Norliza.....Sapa2 nak berkenalan dengan diorg silalah....


Ini namanya mamat.La ni baru tingkatan 5 tahun ni ambil SPM.Dia ni manja sgt sebab org tua aku terlalu manjakan sgt......

Adik aku yang last tu perempuan namanya Fatin tak silap aku sekarang ni tingkatan 4.Masa bayi lagi mak aku bagi kat sedara maklumlah dia tak de anak lagipun masa tu kehidupan mak ayah aku susah.So kita org pun jarang jumpa ngan adik aku yang bongsu tu.


ANAK-ANAK BUAHKU


KELUARGA MENTUAKU


Ini mak dan ayah mentua aku.Mak mentua aku bernama Salbiah manakala bapa mentua aku namanya Abdullah Satari.La ni mak mentua duduk seorg2 sebab bapa mentua aku dah meninggal dunia pada bulan 12 tahun 2008.Al-Fatehah buat arwah bapa mentua aku....mudah2an rohnya dicucuri rahmat.



Ini kakak ipar aku namanya Faizah.Tinggal kat KL.


Yang ini suami kak ipar aku namanya Selamat.Kejenya Polis.Budak berdua tu anak kak ipar aku yang nombor 3 ngan 4.yang perempuan tu namanya Lili Isma Haida manakala yg lelaki tu Naufal.


Ini anak sulung kak ipar aku namanya Nur Asfa Hanis.baru tingkatan 5 sekolah kat KL.



Ini pula anak lelaki kak ipar aku namanya Idil.....orgnya boleh tahan...La ni baru tahun 6



Ini adik ipar aku namanya Lili Suriyani.Baru aje kahwin tahun ni nama suaminya Azuan org Pahang.La ni duduk kat KL dekat umah kak ipar aku.
Adik ipar lelaki aku yg last tak de la gambarnya.So tak dapatlah nak tatap mukanya....Baru aje lepas STPM....tapi la ni dah dapat masuk UPSI....28hb Jun ni daftar.....Selamat Maju Jaya.